Benarlah kata kata yang berbunyi,
"Hati yang jauh dari Allah adalah hati orang yang bercinta"
Sungguh, aku tidak menyangka aku akan masuk ke kancah percintaan sebelum pernikahan. Walhal aku telah berjanji pada diriku untuk tidak bercinta sebelum pernikahan berlaku.
Ah, aku kesal. Aku pungpang2 mengatakan cinta sebelum nikah itu salah bla3. Walhal aku sendiri terjebak. Berdosanya aku wahai Allah 😭
Semakin lama aku semakin jauh dari-Mu. 😭 mungkin ini hukuman engkau terhadapku akibat bercinta 😭😭😭 konon atas nama bertunang walhal ikhtilat entah kemana. HANCUR.
Ya Allah, aku mohon. Aku mahu keluar dari jerat percintaan yang tidak diredhai-Mu.
Benarlah firman-Nya yang bermaksud
"Janganlah kamu mendekati zina"
Kerana apa? Sekali mendekat kepada zina, berkali kali kita mahu. Kita akan ketagih.
Dalam situasi aku, aku start perbualan. Acah alim, last2 konfes. Pastu acah tunang. Pastu ikhtilat hancur. And untuk aku berpatah balik bukan senang sebab perlu jaga hati "si dia" and so on 😑 aku sentiasa cipta dalih untuk elak dia tanpa menyakitkan hati. Namun payah. Allah, jika dia jodohku, jauhkan dia dariku 😭
Sayang semua, please. Jangan terima kalau lelaki tu confess walaupon kau suka laki tu jugak. Jangan konpiden ko pelajar tahfiz segala, kau akan terpelihara dari zina hati dan ikhtilat. Jangan hampiri ye sayang2ku 😭 nanti jadi cam aku.
Disclaimer: aku tak sampai berzina lagi eh tolong sket 😑 tapi cinta ni buatkan aku tak tenang 😭 tu je 😅😭
Sekian,
#akubudaknerd99
Tiada ulasan:
Catat Ulasan